0
Kemuliaan tugas menyampaikan ilmu tidak akan menjadikan seorang guru itu insan yang sempurna. Kata-kata seorang guru juga bukan satu kebenaran yang muktamat. Guru juga ada kesalahan, semoga kita dapat memaafkan kekhilafan seorang guru. Sudah tentu seorang guru menyedari ini semua, cuma guru agak penyegan sikapnya.

Guru Insan Mulia namun Tidak Sempurna

Mungkin IQ seorang guru sedikit lebih tinggi atau IQ seorang penoreh getah jauh lebih tinggi, tapi itu bukan berarti bahawa manusia sangat berbeza. Otak seseorang manusia itu sama pada asalnya cuma pegangan dan kesedaran yang menjadikan manusia sedikit berbeza.

Kepentingan atas Nama Guru

Menyedari hakikat ilmu, usahlah terlalu memandang ke langit dengan ilmu yang ada kerana guru bukan insan sempurna – tidak pernah, tidak akan pernah sempurna. Berdoalah agar diri kita dijauhkan dari sikap berpura-pura. Menggunakan nama Guru hanya karana kepentingan dan bukan pada tempatnya. Jauhkan aku dari sesat dalam keangkuhan yang hina.

Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)? 
Al-Munaafiquun 63:4

Guru harus percaya bahawa dunia ini hanya sementara. Demi ruang dan masa, kehidupan adalah gabungan kejayaan dan kegagalan dalam mencapai objektif kebenaran.
- Memoir of Insani

Jangan mengharap dunia ini akan berhenti menguji kehidupan kita. Secara berterusan sentiasalah menjadikan diri ini lebih baik dari semalam.Kebahagian sebenar ada dalam hati mereka yang diinginkan-Nya.

"Guru insan mulia namun tidak sempurna  – tidak pernah, tidak akan pernah sempurna" adalah Inspirasi dari Idea Hootoh Pendidikan, Individu yang tidak mungkin berhenti menyeimbangkan iklim kondusif pendidikan. Semoga diberikan kesihatan dan kebahagian dalam hidup. Tabah dan sabarlah! Allah amat mendalam pengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

Post a Comment

Maroh Maroh tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik dan penulis artikel di laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Thank you.